Salam pembuka bicara

assalammualaikum dan salam sejahtera
syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan

sebagai pembuka bicara, saya aisyah umar, berasal dari alor gajah melaka dan kini menetap di nilai , negeri sembilan.

allahurabbi, sebenarnya saya amat sukar sekali untuk memulakan penulisan di blog ini.
mungkin disebabkan kekangan masa dan kurang idea.

puas saya positifkan diri dan cuba untuk mencari masa untuk memulakan blog ini.
syawal 2013 baru sahaja kelmarin berakhir.nguess what saya mula develop blog ni awal ramadhan yang lalu. 
ha..2 bulan kot nak gerakkan perkembangan blog ini...

life saya agak moderate saje. cuma baru2 ini saya cuba untuk pelbagaikan aktiviti harian selain daripada mengadap kerja yang tak pernah habis dan juga komitmen terhadap keluarga tercinta di kampung..

saya sangat suka kepada binatang kesayangan nabi, kucing dan saya juga mempunyai rakan-rakan yang hampir sama minat dengan saya iaitu meyayangi kucing dan memelihara mereka.
so apa2 sahaja yang berkaitan dengan kucing, saya akan mudah tertarik! video, gambar..
dan kehidupan saya memang tak pernah terpisah dari seekor kucing ;p
kucing keluarga saya di kampung, rasanya ada lebih dari 10 ekor, kami sama-sama bela dan sayang mereka (diaekor). cuma di rumah sewa ini saya tidak membela kucing, kerana menghomati rakan-rakan serumah yang lain. walaubagaimanapun, hidup saya seharian mmg dilawati kucing, kucing jiran, kucing jalanan dan saya tak segan silu untuk bercakap dengan diaekor dan inshaa allah saya cuba berkongsi rezeki dengan diaekor.

hobi saya , pelbagai..tak specific, kejap2 saya kaki bola (dulu zaman muda, eh sekarang dah tua ke? hehe saya minat bola sampai turun stadium untuk sokong team saya = selangor dan negeri sembilan, dan untuk epl, saya sokong team chelsea..) , kejap2 saya ulat buku, dan kejap2 saya suka mencuba sesuatu yang baru..

disebabkan minat saya juga mengarah kepada meminati pelbagai genre lagu, saya memang jenis pendengar muzik dari dahulu semasa saya masih pelajar, earphone walkman memang melekat di telinga, sehinggalah kini zaman mp3. cuma mungkin kesedaran untuk tidak melalaikan diri dengan muzik, saya kini lebih mengajar diri mendengar muzik biarlah ada isi rohani nya...

saya peminat m.nasir, dayang nur faizah, jamal abdillah, ronan keating, linkin park, switchfoot dan byk lagi lah ;p
owhh ya, last year saya beli keyboard, ni memang impian saya sejak dari sekolah rendah.. 
dah memiliki keyboard ni, kena la belajar kan...tapi biasalah saya terpksa mencuri masa lapang dan sehingga kini saya masih terkial2 memetik key nya...hehe

2012-2013, saya banyak mencari dalaman diri saya...searching for the better in me..
saya amat terasa saya seorang yang sangat sering gagal memperbaiki kerohanian diri saya..
apa matlamat hidup saya? adakah saya telah lama berhenti berharap atau hilang keyakinan terhadap impian saya.. inilah yang sering saya tanya.. jawapan nya saya tahu hanya saya dan dengan izinNya yang mampu tentukan jawapannya..

ok come to shaklee
saya pertama kali menggunakan product shaklee, akhir tahun lepas, sekali gus jadi ahli, atas recommendation sahabat saya, dian tapi saya tak bersungguh terhadap produk ni..beli set percubaan untuk kecantikan , berbulan2 nak habis..nampk sgt tidak berdisiplin!

akhir2 ni lah baru saya terasa ingin mencuba pelbagai rangkaian produk nya, atas kesedaran melihat sahabat saya dian, dah berjaya mengubah gaya hidupnya, desakan mencari alternatif untuk ubat2an ibu dan ayah saya yang tidak berapa sihat dan mengetahui lagi sorang sahabat saya raimi, pun dah berjaya ubah gaya hidupnya melalui herbalife.

lalu saya memilih untuk mengajar diri saya memulakan langkah yang lebih baik untuk berubah terutama dalam daily diet management dan menjaga kesihatan parents saya.
so this is the single step to a thousand miles to go..inshaa Allah..