faktanya 1 daripada 3 orang malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. rasanya ramai dah aware kolesterol ni punca kepada penyakit jantung. tapi ramai yang tak aware paras kolesterol mereka tinggi dan tak tahu bagaimana nak control kandungan kolesterol dalam badan. betul tak?
actually kolesterol ni, bukanlah perlu zero terus dlm badan kita utk kita sihat, tapi secara semulajadinya dihasilkan di hati dan ia memang ada dalam badan kita untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.
tapi apa yang membimbangkan adalah kolesterol yang kita peroleh daripada makanan. inilah yang akan meningkatkan paras kolesterol darah kita dan seterusnya meningkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.
bayangkan kalau kita makan 2 keping roti canai pun dah ada 350 mg kolesterol, nasi lemak 213 mg, char kuey teow 235 mg, sedangkan mengikut saranan American Heart Association, pengambilan kolesterol harian tak lebih 300 mg bagi yg sihat, bagi dah ada penyakit jantung tak lebih 200 mg. tak ke berlebih2an tu? seram.
cerita tentang kolesterol, ada 2 jenis kolesterol
a) LDL (lipoprotein berketumpatan rendah) : dikenali kolesterol jahat
b) HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi) : dikenali kolesterol baik
LDL yang terlalu tggi di dalam darah boleh bentuk sejenis bahan melekit
(plak) dlm saluran darah kita. plak ini akan sumbatkan saluran darah
dan sekat aliran darah sama seperti yg berlaku semasa terkena serangan jantung
atau angin ahmar.
HDL membantu mengangkut kolesterol dr salur
darah balik ke hati untuk disingkirkan. jadi ia berperanan membersihkan
saluran darah.
PENTING ! Untuk elak serangan jantung : kita perlu kekalkan paras kolesterol HDL yg tggi dan LDL yg rendah.
macam mana nak kekalkan utk TINDAKAN nya adalah seperti berikut :
~ amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tggi serat
~ senaman yg kerap
~ turunkan berat badan
~ Institut Kebgsaan Amerika (NIH) menyarankan penambahan Fitosterol ke
dlm diet harian bg menurunkan paras kolesterol secara semulajadi