Cegah Sembelit Sebelum Ia Menjadi Punca Buasir

Sembelit didefinisikan sebagai kurang membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu. Sembelit boleh menjadi bertambah teruk jika tidak dicegah. Untuk mengurangkan masalah sembelit, amalan gaya pemakanan yang sihat perlu dilaksanakan. Biasanya sembelit berpunca daripada

a) Tidak mengambil fiber yang mencukupi dalam diet harian. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber fiber yang tinggi dan baik.
b) Tidak meminum kuantiti air yang secukupnya. Badan memerlukan 2 hingga 3 liter air sehari bagi memudahkan pergerakan najis dan najis tidak menjadi keras.
c) Sering menangguhkan membuang air besar.
d) Masalah kegemukan. 

Sembelit yang teruk akan akhirnya menyebabkan buasir atau haemorrhoids.
Untuk mengatasi masalah sembelit ini, anda boleh mengamalkan pengambilan Alfalfa Complex atau Herb Lax dan Lecithin.



Alfalfa Complex kaya dengan serat, baik untuk perubahan patologi di dalam perut dan usus. Masalah penghadaman seperti kembung, tinggi kandungan asid, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit dapat diatasi dengan pengambilan alfalfa sebanyak 10 biji sehari.

Herb-Lax pula mengandungi 9 jenis herba semulajadi
a) Daun Alfalfa berfungsi membersihkan usus, darah dan hati
b) Daun Senna berfungsi merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detokfikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
c) Anise Seed berfungsi merangsangkan pengurangan jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
d) Blue Malva Flower membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
e) Buckhorn Bark melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
f) Licorice Root membantu proses detoksifikasi
g) Fennel Seed  berfungsi mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut atau usus.
h) Rhubarb Root merupakan herba yang bayak digunakan dalam perubatan Cina yang digunakan sebagai sumber antibiotik.
i) Culver's Root berfungsi membantu lebihan air dalam badan dan asma.

Kedua-dua alfalfa complex dan herb lax ini juga sesuai dijadikan sebagai minuman teh herba. larutkan tablet di dalam air panas.

Lecithin diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO adalah pelembut najis yang berkesan kerana ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Gabungan Lecithin + Alfalfa Complex atau Lecithin + Herb Lax merupakan set bajet langsing shaklee.
Dengan fungsinya yang optimum dalam pembakaran lemak dan proses detoksifikasi , ianya menjadi pilihan feveret pengguna dalam menjayakan program penurunan badan mereka.

Cegah masalah sembelit anda sebelum ia menjadi lebih teruk + anda mampu mengatasi masalah berat badan dan mengubah gaya hidup anda.

Alfalfa Complex : Sumber Detokfikasi Optimum dalam diet harian anda

Herba Alfalfa telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit sejak lebih 1500 tahun dahulu. Ia dipercayai berasal daripada Timur Tengah dan orang Arab menggelarkannya sebagai "Raja Segala Tumbuhan". 
Di kalangan orang cina, daun alfalfa digunakan dalam menyembuhkan masalah penghadaman dan kegagalan buah pinggang. Ia juga dipercayai berguna untuk penghidap arthritis. 
Alfalfa sangat kaya dengan protein, kalsium, mineral dan vitamin A,B,C, D, E dan K. Nama sainstifiknya Medicago sativa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Alfalfa Complex

Merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.


Set bersama Alfalfa Complex

Alfalfa Complex juga boleh digabungkan dengan supplemen shaklee yang lain untuk menyelesaikan beberapa masalah dan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
lagi info : http://bit.ly/alfalfaAisyah




Salam Tahun Baru Perkiraan Masihi 2014

Assalammualaikum pembuka bicara tahun masihi 2014.
Tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat datang 2014, setahun telah berlalu, lalu tahun ini menjengah, menandakan kita masih lagi diberi kesempatan untuk berusaha dengan lebih baik untuk kita bersedia membawa bekalan terbaik untuk kehidupan yang abadi di sana nanti.

syukur alhamdulillah, kita masih lagi berada di sini, tempat di mana kita sering diingatkan supaya kita sentiasa mengamalkan perkara yang disuruhNya dan meninggalkan perkara yang ditegah. sama-samalah kita terus berusaha ya...supaya kita sentiasa berjaya keluar daripada jalan yang menyusahkan, dan mendapat rezeki daripada jalan yang kita tak sangka, dan kepada Allah lah kita sentiasa bertawakal kerana Allah lah sebaik2 perancang.

bertanya tentang tahun baru 2014, ia juga berada dalam bulan perkiraan hijrah RabiulAwal, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sama2 kita sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnah baginda, berselawat ke atas baginda agar di akhirat nanti syafaat baginda membantu kita.

sungguh bertuah kita, baginda meninggalkan kita dalam keadaan kita mempunyai petunjuk dalam keredhaanNya. berdoalah, berusahalah agar kita sentiasa di jalanNya.

dalam entri ni, saya asik sebut perkataan berusaha. ya usaha (satu perkataan yang diertikan sebagai azam berterusan saya) .. kerana saya perlu sentiasa mengingatkan diri agar terus berusaha, di samping dimulakan dengan doa, diakhiri dengan harapan dan tawakal seluruhnya hanya kepada Allah dalam langkah2 perjalanan hidup saya. bukan setakat untuk usaha shaklee sahaja ya, semuanya, segala aspek kehidupan, amanah yang dipertanggungjawab kepada kita dan untuk diri kita juga.

sama-sama ya kita saling beringat. saya doakan agar keluarga saya, sahabat2 karib saya, kenalan dan seluruh saudara muslim dan muslimat berada keredhaNya. teruskan perjalanan hidup ini tanpa rasa kesal, tanpa rasa kenal erti putus asa dan selalu kembalilah dan ingatlah kepada Allah walau dalam keadaan suka dan duka. saya ingatkan diri saya juga. inshaa Allah semoganya dalam keadaan baik2 sahaja dan penuh berhikmah untuk tahun 2014 ini.