Salam Tahun Baru Perkiraan Masihi 2014

Assalammualaikum pembuka bicara tahun masihi 2014.
Tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat datang 2014, setahun telah berlalu, lalu tahun ini menjengah, menandakan kita masih lagi diberi kesempatan untuk berusaha dengan lebih baik untuk kita bersedia membawa bekalan terbaik untuk kehidupan yang abadi di sana nanti.

syukur alhamdulillah, kita masih lagi berada di sini, tempat di mana kita sering diingatkan supaya kita sentiasa mengamalkan perkara yang disuruhNya dan meninggalkan perkara yang ditegah. sama-samalah kita terus berusaha ya...supaya kita sentiasa berjaya keluar daripada jalan yang menyusahkan, dan mendapat rezeki daripada jalan yang kita tak sangka, dan kepada Allah lah kita sentiasa bertawakal kerana Allah lah sebaik2 perancang.

bertanya tentang tahun baru 2014, ia juga berada dalam bulan perkiraan hijrah RabiulAwal, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sama2 kita sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnah baginda, berselawat ke atas baginda agar di akhirat nanti syafaat baginda membantu kita.

sungguh bertuah kita, baginda meninggalkan kita dalam keadaan kita mempunyai petunjuk dalam keredhaanNya. berdoalah, berusahalah agar kita sentiasa di jalanNya.

dalam entri ni, saya asik sebut perkataan berusaha. ya usaha (satu perkataan yang diertikan sebagai azam berterusan saya) .. kerana saya perlu sentiasa mengingatkan diri agar terus berusaha, di samping dimulakan dengan doa, diakhiri dengan harapan dan tawakal seluruhnya hanya kepada Allah dalam langkah2 perjalanan hidup saya. bukan setakat untuk usaha shaklee sahaja ya, semuanya, segala aspek kehidupan, amanah yang dipertanggungjawab kepada kita dan untuk diri kita juga.

sama-sama ya kita saling beringat. saya doakan agar keluarga saya, sahabat2 karib saya, kenalan dan seluruh saudara muslim dan muslimat berada keredhaNya. teruskan perjalanan hidup ini tanpa rasa kesal, tanpa rasa kenal erti putus asa dan selalu kembalilah dan ingatlah kepada Allah walau dalam keadaan suka dan duka. saya ingatkan diri saya juga. inshaa Allah semoganya dalam keadaan baik2 sahaja dan penuh berhikmah untuk tahun 2014 ini.