Buncit di kalangan remaja

badan kurus tapi perut boroi : confirm menjejaskan imej anda dan cacat penampilan sekali gus menyukarkan untuk menggayakan pakaian dan akan kurang keyakinan diri. penyakit ini bukan shj dihidapi oleh yg dah berkahwin atau warga emas , namun remaja seawal usia 20 an pun dah ada yg menghidapinya. paling memudaratkan akhirnya masalah buncit ini boleh menyumbang kepada penyakit kronik seperti diabetes dan kanser.

apakah punca berlaku nya masalah perut buncit di kalangan remaja ini? 

a) gaya hidup yang tidak berdisiplin dan kurang ambil berat akan gaya hidup sihat
- pola pemakanan yang berlebihan, tinggi kalori serta metabolisme yg rendah 
- lemak akan berkumpul di perut lebih2 lagi kurang bersenam untuk membakar kalori

b) kesibukan bekerja dan kurang masa lapang 
- sehingga remaja leka untuk menetapkan masa yang sesuai untuk bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
- kitaran tidur yang tidak stabil menyebabkan sistem penghadaman terganggu
- stress yang meningkat menyukarkan penurunan berat badan terutamanya di bahagian tengah. 

c)  tekanan yang melampau
- meningkatkan hormon kortisol , lalu meningkatkan jumlah lemak dalam badan dan membesarkan sel lemak

d) kandungan gula yang tinggi dalam makanan
-menurut kajian, pengambilan minuman berkarbonat sebanyak 2 kali sehari akan meningkatkan size pinggang pada kadar 5 kali ganda lebih cepat berbanding mereka yg jarang mengambil minuman berkarbonat
- minuman gula yg tinggi akan meningkatkan selera makan

cara mengurangkan buncit atau boyot 
a) kurangkan tekanan
menurut kajian, walaupun anda mengurangkan pengambilan kalori dlm makanan serta bersenam, lemak di perut masih tidak dpt dikurangkan jika anda mengalami tekanan. 

- dengan mengurangkan tekanan, kadar hormon kortisol juga direndahkan.
- tidur yang mencukupi

b) selalu bersenam, atur masa dengan betul. lakukan senaman kardiovaskular untuk mengurangkan lemak di perut.

c) amalan pemakanan yang betul dengan melebihkan protein dan kurangkan pengambilan lemak. amalkan pengambilan air sebanyak lapan gelas sehari untuk menyingkirkan toksin dari badan.

d) lakukan perubahan secara berkumpulan. dapatkan rakan-rakan yang menghadapi masalah yg sama. matlamat yg sama boleh dikongsi seterusnya meningkatkan semangat anda untuk mengatasi masalah ini.

selamat maju jaya.