Doa dan harapanku

Ya Allah
Ampuni hambaMu ini Ya Allah
Aku tahu Engkau tidak pernah membebaniku
Dengan sesuatu yang tidak aku sanggup
Ya Allah
Jangan Engkau hukumku jika aku lupa atau tersalah
Maafkanlah hambaMu ini
Ampunilah aku ya Allah
Aku hanya selalu ingin merasai kehadiranMu di hati ini
Walau Engkau tidak pernah sekali meninggalkan ku
Namun jangan Engkau biarkan hati ini berasa sendiri
Bantulah aku Ya Allah
Agar hatiku lapang dengan limpahan kasihMu
Penuhkan hatiku dengan cahaya RabbaniMu
Limpahkan keyakinan untuk hatiku
Limpahkan hatiku dengan keindahan tawakkal kepadaMu
KepadaMu lah sandaran hatiku
Engkaulah sebaik-baik Penolongku

~aku hanya mahu berasa gembira dengan takdir yang tertulis, kerana aku yakin nasibku tidak ditentukan hatiku sendiri..
aku ingin selalu berasa lapang di saat adakalanya aku rasa ditinggalkan sendiri, kerana aku selalu ingin mendampingiMu ya Allah..
ya Allah jika aku gembira, aku selalu ingin tidak lupa Engkaulah pemberi rahmat kebahagiaan..Engkaulah sebaik-baik kurnia...
Aku tidak mahu di saat aku terlebih menyayangi, di sana hatiku berasa lelah kerana kecewa melihat yang kusayang tidak pernah menghargai, kerana hakikatnya segalanya aku lakukan hanya keranaMu dan itulah diriku...
Aku tidak mahu di saat aku mampu berusaha, aku tidak pula berusaha bahkan melayani rasa senangku dan angkuhku membiarkan saat dan kesempatan menghargai berlalu pergi..
Aku tidak mahu akhirnya kata-kata JIKA bermain di hatiku, lalu aku benarkan syaitan durjana merasuk fikiran ku...lalu akhirnya aku yang bersendiri sedangkan Engkau telah melimpahkan segala rahmat kasih sayangMu untuk ku...
Engkaulah sebaik-baik perancang hidupku..
barangkali apa yang aku hendakkan tidak baik untukku,
barangkali apa yang aku elakkan sebenarnya terbaik untukku
Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Mengerti
Bantulah hatiku yang berbolak - balik
Lorongilah hatiku ke jalan indahMu ya Allah..
Aku ingin bertemu Mu tanpa rasa kesal
Aku ingin menghargai yang Engkau sediakan untukku dengan kesyukuran
Perkenankanlah permintaanku Ya Allah...aminnn