Doa dan harapanku

Ya Allah
Ampuni hambaMu ini Ya Allah
Aku tahu Engkau tidak pernah membebaniku
Dengan sesuatu yang tidak aku sanggup
Ya Allah
Jangan Engkau hukumku jika aku lupa atau tersalah
Maafkanlah hambaMu ini
Ampunilah aku ya Allah
Aku hanya selalu ingin merasai kehadiranMu di hati ini
Walau Engkau tidak pernah sekali meninggalkan ku
Namun jangan Engkau biarkan hati ini berasa sendiri
Bantulah aku Ya Allah
Agar hatiku lapang dengan limpahan kasihMu
Penuhkan hatiku dengan cahaya RabbaniMu
Limpahkan keyakinan untuk hatiku
Limpahkan hatiku dengan keindahan tawakkal kepadaMu
KepadaMu lah sandaran hatiku
Engkaulah sebaik-baik Penolongku

~aku hanya mahu berasa gembira dengan takdir yang tertulis, kerana aku yakin nasibku tidak ditentukan hatiku sendiri..
aku ingin selalu berasa lapang di saat adakalanya aku rasa ditinggalkan sendiri, kerana aku selalu ingin mendampingiMu ya Allah..
ya Allah jika aku gembira, aku selalu ingin tidak lupa Engkaulah pemberi rahmat kebahagiaan..Engkaulah sebaik-baik kurnia...
Aku tidak mahu di saat aku terlebih menyayangi, di sana hatiku berasa lelah kerana kecewa melihat yang kusayang tidak pernah menghargai, kerana hakikatnya segalanya aku lakukan hanya keranaMu dan itulah diriku...
Aku tidak mahu di saat aku mampu berusaha, aku tidak pula berusaha bahkan melayani rasa senangku dan angkuhku membiarkan saat dan kesempatan menghargai berlalu pergi..
Aku tidak mahu akhirnya kata-kata JIKA bermain di hatiku, lalu aku benarkan syaitan durjana merasuk fikiran ku...lalu akhirnya aku yang bersendiri sedangkan Engkau telah melimpahkan segala rahmat kasih sayangMu untuk ku...
Engkaulah sebaik-baik perancang hidupku..
barangkali apa yang aku hendakkan tidak baik untukku,
barangkali apa yang aku elakkan sebenarnya terbaik untukku
Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Mengerti
Bantulah hatiku yang berbolak - balik
Lorongilah hatiku ke jalan indahMu ya Allah..
Aku ingin bertemu Mu tanpa rasa kesal
Aku ingin menghargai yang Engkau sediakan untukku dengan kesyukuran
Perkenankanlah permintaanku Ya Allah...aminnn 

Coretan hati sebuah perjalanan

Bukankah hidup ini harus bersyukur untuk setiap saat yang dikurniakan untuk kita..
adakah kita sebagai hambaNya telah berusaha memanfaatkan saat yang diberi sebaik mungkin?

Ya Allah
Hanya kepadaMu aku selalu ingin berserah
Terima kasih atas saat yang Engkau berikan
Dalam ketidakberanian aku yang lemah ini
Engkau memberi aku kesempatan
Dalam ketakutan kehilangan persahabatan yang bukan aku miliki
Engkau memberi aku saat itu
Ya Allah
Bukankah aku telah mengakui
Segalanya kuserahkan hanya kepadaMU
Tetapi masih mengapa
HambaMu yang lemah ini
Masih gagal dan takut menghadapi realiti
Sampai bilakah aku harus begini
Sampai bilakah aku hanya mampu begini
Aku pendamkan segalanya
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
Bukankah aku telah serahkan segalanya hanya kepadaMu
Namun tidak berusahakah aku ?
Ya Allah
Bantulah hambaMu yang lemah ini...

Dia Yang Esa

Lirik Lagu Kau Yang Satu (Ramli Sarip)

Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpamu

Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu...untukmu

saja je buat intro lagu ni. asik pasal shaklee aje . kali ni tidak. since awal entry dulu saya pernah cakap saya ni memg suka dengar lagu. any genre. asal sedap dengar n bila into lirik, saya suke memg akan masuk dlm playlist lah lagu tu. salah satu nya lagu ni lah kan... Kau Yang Satu. Merujuk kepada Dia yang Maha Esa. Tiada Pendua baginya. 
dalam hidup ni, memang itulah syahadah kita sebagai seorang muslim. kita minta agar kita tidak tersasar daripada landasan ini.  tidak sekali-kali.

Sebagai khalifah dimuka bumi ini, dengan mengEsakanNya kita dituntut untuk menjadi seorang yang berfikir, mencari ilmu berusaha supaya berpengetahuan, bila berpengetahuan tidak pula sombong malah mahu mendengar, dan setiap sebab dugaan yang berlaku , kita mohon harapan agar hikmah disebaliknya agar kita menjadi kaum yang dapat menggunakan akal untuk memahaminya.  
 
semua ini adalah kerana kita di sini hanya sementara, perlu melaksanakan persiapan untuk hidup yang abadi di akhirat nanti. mana mungkin tanpa berfikir, berusaha, memperbaiki diri kita mampu kembali ke sana dalam keadaan baik, mendapat syafaat RasulNya apatah lagi diterima olehNya dalam gembira.

dugaan utama di sini adalah suka dan duka. yang sering menyelinap ke dasar hati kita, satu organ yang mengambarkan siapakah diri kita di hadapanNya, tidak sesekali dapat kita sembunyikannya walaupun sebesar zarah.

kepada Dialah kita serahkan segalanya. suka dan duka. 
terutamanya suka. kita sering lalai dan terlupa, sedangkan Dialah yang mengurniakan suka untuk kita. kita mintalah agar kita tak pernah lalai daripada mengingatiNya ketika kita dikurniakan rasa suka, gembira, kebahagiaan.  
ketika duka datang, ketika kita berada dalam ketakutan, kita diminta untuk tidak pernah berasa berputus asa, terus berharap dan juga kepadaNya kita berserah segalanya.
agar kita akhirnya tidak tergolong dalam kaum yang dimurkaiNya. 
 
semua ini terkandung di dalam surah ar-rum

30:6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
30:7
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
30:8
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
30:9
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
30:10
Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.
30:11
Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).
30:12
Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus asa.
30:13
Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah), padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.
30:14
Dan semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan).
30:15
Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.
30:16
Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.
30:17
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
30:18
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
30:19
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
30:20
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
30:21
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
30:22
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
30:23
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
30:24
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
30:25
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).
30:26
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.
30:27
Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
30:28
Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.
30:29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
30:30
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
30:31
Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
30:32
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).
30:33
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya;

sama-samalah kita perbaiki diri dan berusaha menjadi hambaNya yang taat dan tidak pernah lupa mensyukuri segala yang tertakdir untuk diri kita.,

Kesihatan Lelaki dan Wanita

Nowadays, life is mainly  : everything we want to do it in a fast way. even for food we want something fast and easy. but for sure kita semua tahu, yang cepat ni lah yang merbahayakan kesihatan dan efek pada tenaga, sistem badan walaupun pada usia muda.

Saya biasa dengar wanita muda masa kini susah nak hamil, rawatan demi rawatan dilakukan, last2 final result ada ketumbuhan cyst kat dalam rahim dan pembedahan terpaksa dilakukan.
Tak pun saya juga biasa dengar masalah lelaki yang mengalami pembesaran prostat, mati pucuk dan perkara ini mereka agak rahsiakan. tak kurang yang muda pun seawal usia 30 an dah ada simptom sebegini. bukan apa maklumlah saya berkerja di sebuah kilang yang juga membuat produk-produk traditional khas untuk kesihatan lelaki dan wanita. jadi saya biasa dengar masalah mereka ini.
sebenarnya masalah ini boleh diatasi sekiranya dari peringkat awal lagi kita dapat cegah dan ubah gaya hidup kita. perubahan hormon dalam badan mungkin satu faktor, namun faktor utama ye pemakanan. elakkan ambil fast food for sure. cara masakan kita dirumah tu, haih kurang-kurangkan lah gula , garam , tak yah letak MSG. biarlah kena complain masak tade rasa sangat asalkan keluarga kita terjaga kesihatannya dari rumah lagi.
dan pengambilan supplemen memang wajib dah sekarang ni, tak kira kanak-kanak, masih muda atau yang tua. sebab apa?

a) Badan kita memerlukan dos dan vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperoleh dalam makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperoleh dari makanan, buah-buahan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan.

b) Back to my intro, amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh, lalu menyumbang kepada masalah kegemukan dan penyakit kronik.

c) Pendedahan kepada asap rokok, pencemaran, sistem imun yang lemah dan buah-buahan atau sayur-sayuran pula banyak yang tercemar dengan racun perosak lalu kualitinya berkurang dan menjadi zat yang diperoleh berkurangan dan tidak seimbang lalu mengakibatkan badan kita lemah dan kelihatan tidak bertenaga dibandingkan usia sebenar.


Shaklee? pilihan saya kerana rangkaian produknya yang berkualiti, ternyata berkesan dengan pelbagai kajian klinikal telah dilaksanakan dan pastinya selamat. 

Set Kesihatan Lelaki : 
a) Omega Guard 
Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Omega - 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang pembesaran prostat dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. 
b) Vitamin E
Vitamin E mampu mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Di samping itu, ia berfungsi memelihara jantung, otot dan prostat juga meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun badan.
c) Zinc Complex
Zink merupakan mineral penting bagi tubuh. ia merangsang tindakan enzim untuk tindak balas kimia tubuh dan memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.

Set Kesihatan Wanita
a) GLA Complex
GLA membentuk protaglandin untuk mengawalselia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, tetensi air dan sakit payudara. Ia juga membantu dalam melambatkan menopaus. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone pada uterus untuk kulit lebih muda.
b) ESP (Energising Soy Protein)
Baik untuk hormon. ESP dihasilka daripada kacang soya non GMO. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
c) Alfalfa Complex
Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan dan mencantikkan kulit dan otot di samping melegakan keletihan.

Bersyukurlah dengan menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ubah gaya hidup dan pemakanan, inshaa Allah kita dapat menyelesaikan pelbagai masalah kita. Sama-sama lah kita berusaha ke arah kehidupan yang lebih sejahtera > Peace :)

Untuk tempahan ; hubungi 
Aisyah : SMS 0126997494 | WA 0196691507
Email : nuraisyahumar@yahoo.com
Facebook Page : https://www.facebook.com/Jumpstarttohealthierlifestyle