Lirik Lagu Kau Yang Satu (Ramli Sarip)
Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpamu
Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu
Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu
Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu...untukmu
Demikian
dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Mereka
hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja,
dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari
akhirat.
Patutkah
mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak
memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa
Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara
keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada
masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui
Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang
sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
Tidakkah
mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan
bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang
itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah
meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang
dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh
Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata
(lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan
yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Sesudah
dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan
itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka
mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.
Allah
memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya
(hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan
dikembalikan (untuk menerima balasan).
Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus asa.
Dan
makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada
satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah),
padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab
makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.
Dan semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan).
Adapun
kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan
ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.
Dan
sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat
Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka
akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.
(Setelah
kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa
kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
Serta
pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian
makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya
serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu
zuhur.
Ia
mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan
benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah
matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari
kubur).
Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu
semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja
peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup
bertebaran di muka bumi.
Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.
Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan
kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa
kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya
ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha
kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu).
Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan
bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya,
Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan
petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan
hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan
itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi
orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan
kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang
menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya
apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup
semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur
masing-masing).
Dan
sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak
kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.
Dan
Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia
mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan
yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang
tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.
Ia
mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu
sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi
yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang
Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu,
mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun
tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan)
mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan
orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu?
Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi
orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.
Orang-orang
yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka
(melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada
sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan
oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka
sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
(Setelah
jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah
itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.
Hendaklah
kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali
kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu
kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan
janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
Iaitu
orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut
kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak;
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan
amalan yang terpesong itu).
Dan
apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa
kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya;
kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat
daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu
yang lain dengan Tuhannya;
Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpamu
Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu
Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu
Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu...untukmu