Sumber antioksidan terbaik : Vita E Complex



Antioksidan sangat penting untuk keperluan tubuh kita. Bukan sahaja untuk menjaga penampilan kulit di luaran , ia juga penting untuk organ dalaman kita. Apa itu antioksidan? Antioksidan merupakan molekul yang merencatkan proses pengoksidaan molekul lain. Proses pengoksidaan adalah satu proses kimia yang menghasilkan radikal bebas dengan memindahkan electron atau hydrogen dari satu bahan kepada agen pengoksidaan.  Radikal bebas yang terhasil akan memulakan tindakbalas berantai yang berlaku di dalam sel lalu menyebabkan kerosakan sel., lalu mempercepatakan kesan penuaan, terjadi penyakit-penyakit kronik, juga kepada kanser.


Radikal bebas boleh terjadi disebabkan pelbagai factor seperti berikut :

a)      Pendedahan kepada cahaya matahari dan pencemaran
b)      Makanan yang tidak berkhasiat atau makanan segera dan minuman berkarbonat
c)       Asap rokok, pendedahan kepada bahan kimia
d)      Tekanan perasaan
e)      Kurang tidur

Di sinilah antioksidan berperanan untuk menghentikan tindak balas berantai tersebut.
peranan antioksidan : meneutralkan radikal bebas  (sumber gambar : google image)


Salah satu sumber antioksidan adalah vitamin E. seseorang perlu mendapatkan vitamin E untuk kekal sihat supaya sel-sel berupaya melawan radikal bebas. Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut : 1 kg biji gandum, 500 ml minyak safflower, 8 kg bayam dan 500 g badam. Tak larat kan? So penyelesaian nya adalah dengan supplement vitamin E .


Apakah perbezaan dan keistimewaan vita E complex Shaklee?

Kerana ianya merupakan vitamin E yang paling lengkap di pasaran

1. Diperbuat daripada minyak soya organic dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi.
2. Digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta).
3. Mengandungi 10 mg selenium yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, lalu memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot, juga merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat  seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina.


Manfaat utama vita E complex Shaklee

A) MELINDUNGI JANTUNG 

a.       Untuk jantung yang sihat, dicadangkan pengambilan harian 800 IU vitamin E.

b.      Ia melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid.

c.       Meningkatkan paras kolesterol baik HDL

d.      Mengurangkan tekanan darah

e.      Menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri

f.        Menghalang anemia hemolitik

B) MENINGKATKAN KEMAMPUAN REPRODUKTIF
Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.
a.       Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

C) ANTI-PENUAAN


    
       1 kapsul vitamin E sehari mampu melambatkan proses penuaan dengan

a.       Mengurangkan kedutan dan garis halus

b.      Menguratkan parut dan akne dan bintik penuaan

c.       Memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
D) ANTIOKSIDAN YANG KUAT

Pengambilan lebih dari 1200 IU vitamin E sehari berkesan untuk

a.       Melawan kanser

b.      Mengukuhkan sistem imun

c.       Menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor

d.      Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas

e.      Memperbaiki masalah oksidasi seperti katarak dan masalah penglihatan.
E) KELESTARIAN TENAGA

Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

F) MEMPERBAIKI ARTHRITIS

a.       Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah

b.      Merawat bahu kejang

c.       Pening

d.      Buasir

e.      Urat varikos

f.        Sakit sendi
G) MENGHALANG KEGUGURAN

Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran

a.       Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada

b.      Sindrom prahaid

c.       Sindrom menopous seperti hot flush

H) MEMPERBAIKI PARUT

a.       Memperbaiki bengkak dan ulser kulit

b.      Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Jadi banyak keistimewaan vita E complex untuk kita atasi masalah-masalah yang dihadapi. Mencegah lebih baik daripada merawat. Kita berusaha, Allah yang tentukan. Inshaa Allah mudah-mudahan usaha kita membuahkan hasil.


Nota : pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta-carotene, vitamin C dan vitamin E) bersama-sama menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.  

Buleng dah pergi selama-lamanya

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Berita sedih...kucing saya di kampung baru saja mati...
Saya memang tergerak hati nak pesan pada mak utk lepaskan buleng dan belang dari kandangnya lebih kerap setiap minggu.
Hati saya tergerak ketika saya bangun dinihari rabu lepas. Hati saya memang rasa amat bersalah mengenangkan buleng dan belang yang jarang lepas bebas di kampung. Buleng dikurung sebab sering kencing merata-rata dan belang pula sebab makan anak ayam.
Agak terkejut bila sampai sahaja di kampung tadi..melihat buleng yang dah bermaya. Biasanya dia bising melihat saya..namun kali ni badan nya hanya terbaring kaku tidak bermaya.
Saya sempat cakap dgn buleng..saya minta maaf..smoga kamu gbira di syurga..doakan aku yg masih di sini tabah menghadapi dugaan hidup..kemudian saya usap kakinya.
Dia bergerak sedikit namun ketika itu nyawanya sudah di hujung tanduk..jam 10.15 malam td; tubuhnya sudah kaku...dia dah pergi selamanya.. maafkan aku buleng.. terima kasih utk saat gembira ketika kau berada di sini..
Sent from Yahoo Mail on Android

Shaklee Untuk Saya + Aktiviti Punah Ranah Resepi

ok. kali ni update tentang aktiviti punoh ranah membuat kueh lapis 4 lapis = 1 lapis malam tadi.
nak dijadikan cerita saya terlalu teringin nak makan kueh lapis putih pink ni. saya lapar ni je. tak rasa nak makan menda lain.
kueh ni memang favorite saya. plg best mestilah mak saya yg buat kan. saya akan menikmati lapisan demi lapisan dengan jayanya.

actually asalnya saya nak tempah je kueh ni dari seorang rakan, namun ntah mana ada imaginasi yg saya boleh buat dgn jayanya, lalu seluruh usaha adalah untuk menjayakan imaginasi saya. beli gajet dapur baru - pengukus traditional saiz kecil sesuailah dgn saya :)

namun beginilah hasilnya , membuktikan yg saya memang dah memunah ranahkan imaginasi tersebut. hehe.

a) masa kali pertama buat , salah saiz adunan, tak bersesuaian dengan saiz loyang. lapisan kueh nipis sgt, rasa tak berapa nak manis. mmg kawal gula betul saya. haha.
a) salah kuantiti adunan

b) marvelous rasa tapi struktur hampeh
 
b) dgn gigih nya saya bancuh adunan kedua dan menggunakan loyang yang lebih kecil saiz, uwah apperance success. rasa success. tapi bila dah masak dan sejuk, nak potong lembik. rupa2nya mungkin bancuhan saya agak cair. jadi skali lagi imaginasi menikmati kueh lapis selapis demi selapis berkecai. haha

anyway saya tak putus asa. ini percobaan untuk saya. seperti biasa saya memang sangat suka mencuba pelbagai resepi dan akhirnya saya alternate resepi tu atau jadi punoh ranah gni. tak pernahnya nya nak follow betul2.

apa2pun saya happy buat aktiviti begini. skali cuba rasa nak cuba lagi. untuk hidangan diri sendiri dan kesemua makanan yg menjadi kegilaan saya.

ok back tajuk asal, = aktiviti resepi punoh ranah, recently memang saya dapat mencuba pelbagai resepi yg memangnya saya suka makan. disebabkan dah dapat rasa sekali saya, bila saya terbayang2 (imaginasi) lagi, saya mulalah membayangkan saya boleh buat menda tu.

a) mee bandung muar..

actually saya memang suka makan mee bandung. masa saya tak jaga kalori saya dulu, memang saya tak kira makan malam pun saya akan pergi ke satu kedai makan yang terletak di sg ramal bangi. area kedai lot 10. masa tu saya menetap di bangi dan saya pernah bekerja di MPOB. saya makin menjadi lah aktiviti bermee bandung saya.
selepas saya berpindah saya dah jarang jumpa kedai yg mee bandung nya best sehingga saya kerap pulang ke kampung halaman mak saya di bakri muar. asal pergi sana, keluarga saya memg akan memilih menu mee bandung untuk makan ramai2. mana taknya saya terlayan, namun saya kini berhati-hati menjaga kalori, biasanya saya lebih menikmati kuah dan telurnya dengan jayanya :). dan alhamdulillah wpun asalnya saya ni ber'resdung'an, tapi masa saya kerap makan mee bandung yg semestinya bahan utama nya adalah kacang dan udang kering, saya tak kena resdung ataupun gatal2 alergik hidung dan muka..mungkin usaha saya menggunakan alfalfa dan vita c sustained release mula menampakkan kesan positifnya. alhamdulillah.

Set Resdung Shaklee

so nilah hasil punah ranah dapur mak saya. mee bandung utk family saya. saya ulangi resepi ni sebanyak 2 kali, dan kedua2nya saya masak semasa berada di kampung. kalau sape2 nak resepi lepas tgk gambar neh (erk gambar ni menarik ke) bolehlah email saya atau whatsapp ye (erk ada ke) hehe.
by the way, saya memang tak guna apa2 paste mee bandung muar. memang saya buat dari A to Z segala gabungan bahan2 nya.. suka bila ayah saya tak complain and manage to make him fulled. almaklumlah ayah saya memang sangat cerewet bab makan2 ni. katanya biar simple, ikan kering je asal sedap. jangan masak 'arab'. maksudnya bukanlah masakan ala2 arabian tu, tapi masak dgn rasa weng dan tak kena..
so mak saya je lah tukang masak di rumah saya. kalo akak2 saya pun dia complain. so tadah telinga je..hehe..and so surprised dia suka mee bandung saya...
ni koleksi  gambar mee bandung muar saya ..
Mee Bandung Muar

b) laksa johor
laksa johor neh ceritanya mudah. kira saya baru jatuh cinta pada rasanya. biasanya saya addicted pada laksa peneng je. pernah cuba jugak buat tapi gambar takde. laksa johor ni saya makan ketika menetap di danga bay utk saya ke singapore baru2 ni. masa saya makan tu saya tertarik kepada baunya yang berempah berbeza dgn laksa penang yg hanya ikan. so apalagi mulalah imaginasi saya membayangkan saya mencuba praktik resepi laksa johor yang saya jumpa di internet. so after weeks balik dari singapore, saya mula teringin nak makan lagi laksa johor. nak dapat kek sini nogori neh jauh skali lah kan..so masa cuti hjg mnggu di kampung, saya pun berpunoh ranahkan dapur mak saya berkali lagi.
yg istimewanya laksa johor ni, sbb guna ikan tenggiri yg best tu. masa rebus lagi saya dah ratah ikan dulu. dan mestilah up skit kan sbb ikannya mahal. tapi yang paling best sebab ada rempah dan biasalah bunga kantan lebih umpama istilah 'sayur lebih dlm tom yam pedas kaw' yg biasa sy order di kedai.. itu yg menaikkan bau dan selera keinginan saya. masa saya masak ni, sy sebenarnya taklah berapa sihat. tapi disebabkan determination yang tggi, jadi malam2 tu jugak saya masakkan utk family saya. saya taklah makan ketika itu. saya masih menjaga daily calorie intake saya dan biasanya sebelah malam memang saya tak makan makanan berat. family saya masih makan malam namun mak memg dah mula menjaga pemakanan nya.. alhamdulillah progress saya sekarang, weight loss dah hampir 20 kg. 5 to 10 kg to lose more. utk betul2 berada si zon selamat ideal weight dan bmi yg normal. now pun alhamdulillah dah range border normal. utk tahu rahsia saya, mestilah saya gunakan produk2 shaklee cinch weight loss management programme. cinch shake + energy tea dan tak lupa si set duo lecithin dan alfalfa atau herb lax. anda yang nak tahu tips diet saya atau berminat nak menggunakan produk ni boleh whatsapp saya 0126997494. inshaa Allah saya kongsikan segala tips yg saya amalkan dan kongsikan kebaikan produk2 ni di samping mengubah gaya hidup yang lebih aktif iaitu bersenam dan berbasikal.

Set Cinch + Duo Weight Loss Shaklee

ok back to aktiviti punoh ranah resepi , ni lah hasilnya..laksa johor saya :)
kali ni ayah saya complain, sbb malamnya beliau semput. katanya mee tu (dia tak reti sebut spageti) kot puncanya. den ingatkan kot mee putih (mee laksa peneng tu) sesuai jugak... loh patutlah mak saya tak pernah buat laksa johor wpun mak saya org muar... ni lah sbbnya. hehe...mee jugak yg disalahkan padahal ayah sy tu kuat merokok..hehe...puas dah nasihat, tp tak jalan. tapi saya tetap bagi ayah dan mak saya consume alfalfa dan omega guard utk kesihatan mereka..
Omega Guard - untuk kesihatan jantung, Kaya Omega 3


ok pgi keesokkannya saya menikmati laksa johor sy. yg best adik , akak dan abang ipar saya semua kata marvelous. boleh bukak restoren dah :) condifent sgt kan pujian tuh...haha...

so ni koleksi gambar2 laksa johor saya
ada ker yg berminat nak tahu resepi...(hehe)

Laksa Johor

anyway tuh antara big punah ranah resepi di dapur...dgn kata lain sy hanya berani mencuba utk diri sy shj.. saya suka lakukannya dan saya rasa happy bila saya boleh belajar sesuatu utk yg apa yang saya suka. sekurang2nya bila teringin saya boleh buat dan boleh lah kurgkan risiko makan di kedai.. lagipun saya suka mencuba sesuatu yang baru. dari situ saya mencipta pengalaman dan belajar dari pengalaman. kan itu lebih utk diri saya yg mencari ::the better in me::

so semakin lah saya bersemngat membuat list aktiviti punah ranah resepi akan datang..inshaa Allah...

a) sushi (mencabar neh tentang bahan2 nya nak usha cari tu)
b) soto (ni kena berguru dgn akak saya yg pro tu + begedil yg best)
c) laksam (belum berguru dgn kawan)
d) nasi ambeng (mak tolong ajar)
e) nasi ayam (chicken rice shop punya)
f) nasi beriani (lama tak buat)

so nnti boleh lah sy enjoy di dapur saya ... tp bila masanya tgk kerajinan dan bila keinginan nak makan...eager urge me :)

Stress dan B-complex

keje , belajar, pernah hadapi stress tak?
confirm pernah kan. asik2 project. punyalah struggle. tu tak masuk kerja last minute.
ni yg betul2 rangka planning dan try manage semua tuh. kononnya sistematik tapi last2 jumpe jugak dateline. orang lain duk tambah keje kita adalah. campur pulak yg suka ganggu fokus kita.
dan time tula haru dibuatnya. nak2 rasa tak cukup masa.
tapi relax. sebenarnya semua ada penyelesaian.
ia bermula dari dalam diri kita sendiri. tak perlu org lain utk ubah kita. kita sendiri yg control the pace and situation.
abaikan anasir2 luar terutamanya yg menganggu fokus kita. kita pun kena elakkan diri kita dari berada dalam keadaan stress tu. nanti bertambah radikal2 bebas. mempercepatkan lagi kerosakan kulit dan sistem organ yang lain. lagi haru.
kalau kaitan stress dgn supplemen. vitamin B-complex sesuai. mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
manfaat utama B-complex :
a) menukar makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.
b) melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
c) menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. ianya membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecatatan otak atau tulang belakang.
d) mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya fokus.

impian

assalammmualaikum
dah bersarang dah blog ni especially update tentang shaklee.
bukan tak aktif berjualan shaklee. sy masih aktif cuma tak dan nak update blog ni. tak dan tu perkataan yg menggambarkan alasan ke? erk...
ni pun sy cuba tuliskan sesuatu dr ia terus bersawang. bengang betul dgn hset yg tak membenarkan sy update status di fb. bkn sy biasa update status di fb, tp sy cuba nak update selalu.

recently ni org selalu berbicara tentang aura positif utk berjaya.. aura positif utk menjadikan hidup sentiasa positif shggakan sy tertanya selama ini sy tak berjayakah dan sering negatif ke?
bila terdetik tu bagus juga..mungkin sy perlu lihat lebih mendalam kepada kehidupan yg sy jalani sekarang ni...
selalu juga org bertanya sy tntg impian sy, nak capai apa? apa strategi utk berjaya yg luar biasa? sesak jugak otak ini berfikir... sbb bertubi2 kan soalannya...
puas sy berfikir...bila sy start berfikir byk 'me time' sy ambil...
yg sememangnya 'me time' tu spttnya jd tak stress turn kpd agak stress...adeh ai....
Allahurabbi sy tak mampu nak berkongsi secara terbuka tentang impian sy yg utama stakat ini..
hanya Dia Yang Maha Mengetahu tentang impian itu...
impian yg untuk berjaya siapa tak mahu...even sy di usia muda pun sy benar2 komited dalam kerjaya saya sehingga sy rs sy tunjang utama dlm kejayaan syarikat sy bekerja sekarang.
sy tak mengharapkan pujian dr manusia. cukup sekadar sy tahu sy berusaha keras dlm kerjaya saya dan Dia Maha Mengetahui apa yg sy hadapi dan sy usahakan...
bila berkerja dan dibayar gaji begitulah kita hadapi bermacam karenah. dari yg atasan hgga yg bawah, sekelumit sj yg memandang positif.
rsnya semua kita mempunyai pengalaman seperti sy...bagaimana kt hadapinya, bagaimana kt berubah menghadapinya ckuplah ia tersemat di hati kita.
bukankah itu juga usaha kita utk hidup ini, dan lebih bermanfaat jika kita tak pernah lupa kita hanya perantau di dunia ini. pengajaran buat diri sy, biarlah berwasatiah segalanya.
alhamdulillah utk semua kegembiraan dan dugaan yg sy hadapi...
biarpun di mata manusia lain ianya mungkin remeh, sy tidak seperti tanggapan itu.
cukuplah sy katakan sy akan tetap berusaha sedaya upaya saya mengajar diri sy terus2an berusaha. 
mungkin ada yg jengkel dgn pendirian sy, sy tetap akan berjalan dan meneruskan langkah saya.
syukur untuk setiap saat. sy akan berusaha.